
Terma dan Syarat Program Keahlian TemanCare
Dokumen ini menggariskan terma dan syarat rasmi (“Terma”) bagi Program Keahlian TemanCare (“Program”) yang ditawarkan oleh ECG Capital Sdn. Bhd. , sebuah entiti berdaftar di Malaysia (“Pengendali”). Dengan mendaftar sebagai ahli, anda (“Peserta”) mengakui telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma ini.
1. Maklumat Program
Program Temancare ialah sebuah program keahlian gaya hidup yang memberikan akses kepada: a)Manfaat perlindungan takaful, dan b) Keistimewaan gaya hidup melalui rakan niaga terpilih. Program ini bukan produk takaful, tetapi merupakan keahlian yang menawarkan akses kepada perlindungan takaful melalui kerjasama dengan pengendali takaful yang diluluskan. Semua manfaat takaful yang ditawarkan kepada ahli adalah ditaja jamin sepenuhnya oleh Syarikat Pengendali Takaful (TO) yang dilantik, berlesen dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.
2. Struktur Yuran
Peserta dikehendaki membayar yuran program yang terbahagi kepada: a) Yuran Takaful – bayaran untuk penyertaan dalam pelan takaful yang ditaja jamin oleh TO yang dilantik. b)Yuran Keahlian – bayaran untuk menikmati akses kepada manfaat gaya hidup, penyelenggaraan sistem keahlian dan bayaran pengurusan. Semua yuran hendaklah dibayar sepenuhnya sebelum keahlian diaktifkan. Yuran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan, melainkan ditetapkan sebaliknya secara bertulis oleh Pengendali.
3. Manfaat Takaful
Manfaat perlindungan termasuklah (tetapi tidak terhad kepada): a) Pampasan kematian, b) Pampasan hilang upaya kekal, c) Pampasan kemalangan, dan lain-lain manfaat yang akan dinyatakan dalam Sijil Takaful yang dikeluarkan oleh TO. Semua manfaat tertakluk kepada terma, syarat, pengecualian dan had perlindungan yang ditetapkan oleh TO. Pengendali hanya bertindak sebagai pengantara keahlian dan tidak bertanggungjawab atas sebarang keputusan tuntutan, kelulusan atau pembayaran yang dibuat oleh pihak TO.
4. Manfaat Gaya Hidup
Peserta akan mendapat akses kepada keistimewaan dan tawaran gaya hidup daripada rakan kerjasama seperti diskaun pembelian, akses perkhidmatan eksklusif, dan lain-lain. Senarai manfaat adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa tanpa notis terlebih dahulu. Pengendali tidak bertanggungjawab terhadap sebarang ketidakpuasan, kerugian atau isu yang timbul daripada produk atau perkhidmatan rakan kerjasama.
5. Kelayakan Penyertaan
Individu yang layak mestilah: a) Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap; dan b) Berumur 18 tahun ke atas pada tarikh penyertaan. Pengendali berhak menolak penyertaan atau membatalkan keahlian sekiranya berlaku penipuan, penyalahgunaan atau maklumat palsu.
6. Pengaktifan Keahlian
Setiap penyertaan akan diserahkan kepada pengendali manfaat Takaful pada tarikh 20hb setiap bulan. Penyertaan dengan maklumat yang lengkap yang disertakan dengan bayaran caruman kemudiannya akan diaktifkan bermula 1hb pada bulan seterusnya. Mana-mana penyertaan yang didaftarkan selepas tarikh 20hb akan diproses dan diaktifkan pada tarikh 1hb, pada bulan selepas bulan hadapan.
7. Tempoh Keahlian
Keahlian adalah sah untuk tempoh seperti yang dinyatakan semasa pendaftaran (cth: 1 tahun) dan perlu diperbaharui selepas tamat tempoh. Keahlian tidak dibayar dan diperbaharui dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas tarikh akhir pembayaran akan dianggap luput dan perlindungan Takaful akan ditamatkan secara automatik tanpa pemberitahuan lanjut.
8. Penamatan
Peserta boleh menamatkan keahlian dengan memberikan notis bertulis. Yuran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan. Pengendali boleh menamatkan keahlian secara serta-merta atas sebab pelanggaran terma, penyalahgunaan sistem, atau atas budi bicara yang munasabah.
9. Penafian Liabiliti
Pengendali tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kecederaan, kerosakan atau kehilangan, secara langsung atau tidak langsung, yang timbul daripada: a) Penggunaan atau penyertaan dalam program ini, b) Ketepatan atau kelengkapan maklumat daripada pihak ketiga, c) Sebarang kelewatan atau gangguan perkhidmatan. Pengendali juga tidak menjamin bahawa akses kepada aplikasi/platform TemanCare akan sentiasa tersedia atau bebas daripada gangguan teknikal.
10. Data Peribadi
Dengan menyertai Program ini, peserta memberikan kebenaran kepada Pengendali untuk mengumpul, menyimpan dan memproses data peribadi bagi tujuan berikut: a) Pengurusan keahlian, b) Komunikasi promosi dan kemas kini program, c) Penyerahan data kepada TO bagi penyertaan takaful. Data anda dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) dan tidak akan dijual kepada pihak ketiga tanpa kebenaran.
11. Pindahan Terma
Pengendali berhak meminda Terma ini pada bila-bila masa. Sebarang perubahan akan dimaklumkan melalui e-mel, laman web rasmi, atau platform rasmi TemanCare.
12. Undang-Undang dan Bidang Kuasa
Terma ini ditadbir dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian berkaitan program ini hendaklah dirujuk kepada mahkamah yang berbidang kuasa di Malaysia.
Kemaskini Terakhir: 20 Disember 2024