Perlindungan Hebat
Gaya Baharu yang Pertama di Malaysia!

Rasai pengalaman baharu dengan Program Keahlian TemanCare. Program yang menggabungkan perlindungan Takaful dan manfaat gaya hidup yang mengujakan!

Seluruh Malaysia

Di mana pun anda berada, kami bersedia untuk melindungi anda dengan perkhidmatan terbaik yang kami tawarkan.

2 Dalam 1

Perlindungan Takaful yang disertakan dengan manfaat gaya hidup yang menyediakan tawaran istimewa untuk dinikmati

24/7 Khidmat Bantuan

Kami sentiasa bersedia 24/7 dalam memberi bantuan terbaik ketika anda berada dalam keadaan yang amat memerlukan

Perutusan Presiden CUEPACS

Program TemanCare diperkenalkan oleh CUEPACS bagi mengubah persepsi masyarakat terutama warga penjawat awam terhadap perlindungan takaful yang hanya memberi manfaat ketika mereka ditimpa musibah atau kemalangan sahaja. Kebanyakan masyarakat berpendapat membeli perlindungan takaful sebagai pembaziran kerana ia tidak memberi apa-apa manfaat atau faedah sekirnya sihat atau tidak membuat apa-apa tuntutan daripada takaful

Melalui Program TemanCare penjawat awam bukan sahaja boleh melindungi diri dan ahli keluarga ketika ditimpa musibah, malah boleh menikmati manfaat keahlian seperti tawaran istimewa atau diskaun pembelian di rangkaian niaga terpilih, pemeriksaan kesihatan tahunan secara percuma dan pelbagai manfaat tambahan lain.

Dengan nilai perlindungan kewangan sehingga RM500,000, caruman bulanan mampu milik serta pelbagai manfaat gaya hidup yang ditawarkan, CUEPACS yakin Program TemanCare mampu mengubah persepsi penjawat awam mengenai perlindungan takaful. Syabas diucapkan kepada ECG Capital Sdn Bhd selaku pengendali kepada Program TemanCare yang sangat berinovasi dan menepati keperluan semasa penjawat awam.

Adalah menjadi harapan saya agar warga Penjawat Awam mengambil peluang ini untuk menyertai Program TemanCare bagi melindungi diri dan ahli keluarga selain meningkatkan kualiti hidup melalui pelbagai manfaat yang ditawarkan oleh Program TemanCare.

DATO DR HAJI ADNAN MAT

PRESIDEN CUEPACS

Diskaun 5% untuk Takaful Kenderaan, Takaful Perjalanan dan Lain-Lain Takaful
Diskaun Hotel, Taman Tema, Restoran, Kafe dan Pelbagai Jenis Servis Gaya Hidup
Diskaun di Hospital Swasta Terpilih untuk Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan

Program Corporate Social Responsibility (CSR) bersama Ahli TemanCare

Pakej Saringan Kesihatan Bernilai RM100 Selepas 12 Bulan Keahlian

Kadar Istimewa untuk Rundingan Perancangan Kewangan, Pengumpulan Aset dan Kaunseling Kewangan