Tentang Kami

TemanCare merupakan peneraju dalam industri, berkomited untuk menyediakan program keahlian yang menggabungkan manfaat perlindungan dan gaya hidup kepada rakyat Malaysia.

Dengan fokus pada kesejahteraan kewangan dan kesihatan, kami bertekad untuk menyediakan penyelesaian yang inovatif dan berpatutan bagi memenuhi keperluan pelanggan kami.

TemanCare ditubuhkan atas prinsip kepentingan akses kepada perlindungan yang berkualiti untuk semua lapisan masyarakat. Dengan pengalaman yang luas dalam bidang ini, kami memahami betapa pentingnya memelihara kestabilan kewangan dan kesejahteraan keluarga.

Matlamat Kami

Matlamat utama TemanCare adalah untuk memastikan aksesibiliti kepada perlindungan Takaful semua. Kami berkomited untuk:

Menyediakan perlindungan takaful yang berpatutan untuk melindungi keluarga daripada risiko kewangan yang tidak dijangka.

Mendorong gaya hidup sejahtera dan pencegahan penyakit melalui program-program kesihatan dan insentif gaya hidup yang menarik.

Mengubah persepsi terhadap pembelian takaful dengan menyediakan perkhidmatan yang mudah diakses dan telus.

Komitmen Terhadap Aksesibiliti

Kami memahami bahawa setiap individu berhak mendapat perlindungan dan kesihatan yang berkualiti. Oleh itu, kami menawarkan program keahlian dengan sumbangan yang rendah untuk memastikan pelbagai lapisan dapat menikmati perlindungan yang mereka perlukan.

Inovasi dalam Perlindungan

Kami tidak hanya menyediakan perlindungan asas, tetapi juga menawarkan manfaat tambahan melalui program keahlian kami iaitu diskaun gaya hidup, insentif untuk pencegahan penyakit, dan banyak lagi.

Kesedaran Terhadap Kesihatan

Kami tidak hanya prihatin terhadap melindungi kewangan anda, tetapi juga kesihatan anda. Melalui program-program kesihatan kami, kami berusaha untuk mendorong gaya hidup yang lebih sihat bagi pelanggan kami.