Rumah Bot Seri Mahawangsa merupakan rumah bot di Tasik Pedu yang boleh memuatkan sehingga 30 orang dalam satu-satu masa dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti elektrik (janakuasa), bilik tidur, dapur, bilik air dan ruang rehat.
Pemilik Rumah Bot Seri Mahawangsa, Encik Amir bin Wahab berkata, matlamat beliau membina rumah bot ini adalah kerana cintanya terhadap alam sekitar di kawasan tersebut dan dikongsi bersama orang ramai. Tambahnya, pelancong boleh menginap di rumah bot dengan pelbagai pakej disediakan dengan kos RM 450 untuk dua hari satu malam. Ramai pelancong yang menginap di Seri Mahawangsa Boathouse pelancong datang dari Malaysia, Jepun, Amerika Syarikat dan Korea.
BENEFIT:-
5% DISCOUNT ON BOAT SERVICES(min 7pax), WESTERN FOOD ONLY, BOATHOUSE STAY, LUNCH CRUISE(min 30pax)